Friday, March 12, 2010

wanita muslimah bersama tuhanNYA

apa yang ada pada seorang wanita?
sejarah menceritakan, betapa wanita dulunya merupakan golongan yang selalu ditindas..
wanita di anggap sebagai barang dagangan..
malahan, semasa zaman jahiliyyah, anak-anak perempuan ditanam hidup-hidup..
jadi, apa sebenarnya peranan wanita dalam tamadun ini sehingga begitu rendah martabatnya diletakkan..

ustz ammar: bagi orang hindu dahulu kala, bila suami nya meninggal, maka isterinya harus dibakar bersama-sama dengan suami nya...adakah perempuan ini hanya sekadar boneka yang boleh diguna apabila diinginkan, dan di buang tanpa belas kasihan..

jadi siapa yang menyelamatkan martabat seorang wanita?
bukankah ISLAM itu sendiri?
indahnya islam kita...^^

kisah teladan~~jom hayati..

kisah ibunda Hajar, ketika Nabi Ibrahim a.s meninggalkannya di sisi Ka'bah, di tengah2 keluasan padang pasir yg luas..tiada air dan tanpa peneman melainkan ismail a.s yg masih kecil..
dari kisah ni, tergambar kekuatan iman seorang wanita kepada tuhannya...betapa dia yakin dan sentiasa bertawakal kepada tuhannya..

ketika ibunda hajar berkata kepada nabi ibrahim a.s, "apakah ALLAH memerintahkan hal ini kepadamu wahai ibrahim?" nabi ibrahim menjawab, "ya benar," setelah beliau mendengarkan jawapan itu,beliau dengan penuh kegembiraan dan ketenangan menjawab, "jika demikian, nescaya ALLAH tidak akan menyia-nyiakan kami,"


~salam~

2 comments:

  1. Wanita ni menguatkan lelaki dan wanita jugalah melemahkan lelaki...

    ReplyDelete
  2. Red entries are a sign 우리카지노 of repetition, and blue entries are a sign of a chaotic, "uneven" shoe

    ReplyDelete